ISU MyKad palsu bukan lagi kes terpencil, sebaliknya semakin menimbulkan kebimbangan apabila membabitkan individu yang berjaya menyusup masuk ke dalam sistem sosial dan ekonomi negara menggunakan identiti tidak sah. Ini bukan sekadar isu penguatkuasaan biasa, sebaliknya cabaran besar terhadap integriti sistem identiti negara. Dalam banyak kes yang dibongkar pihak berkuasa, warga asing dipercayai memperoleh MyKad palsu melalui rangkaian sindiket yang menawarkan dokumen tersebut dengan bayaran tertentu. Dengan identiti yang kelihatan sah, mereka mudah menyamar sebagai warganegara untuk memasuki pasaran pekerjaan…














