fbpx
Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke majlis resepsi perkahwinan anak kembar Daing A Malek Daing di Forest City Golf Hotel, Gelang Patah, Johor hari ini. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke resepsi anak Pengerusi Eksekutif Astaka Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis resepsi perkahwinan anak kembar perempuan Pengerusi Eksekutif Astaka Padu, Daing A Malek Daing A Rahaman, di Gelang Patah, Johor hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Datuk Dr. Daing A Malek yang juga ahli Jumaah Majlis Diraja Johor meraikan pasangan anaknya, Daeng Aishah bersama Fattah Harith serta Daeng Aminah bersama Imran Tan dalam majlis yang berlangsung meriah di Forest City Golf Hotel.

Berangkat sama, Tunku Idris Iskandar, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Turut berangkat, Tunku Tun Aminah bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh Daing A Malek sekeluarga sebelum diiringi ke bilik menunggu bagi acara persembahan cenderahati.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyaksikan montaj video majlis pernikahan pasangan berkenaan yang berlangsung pada 25 Disember tahun lalu selain menyempurnakan acara memotong kek selepas majlis santapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN