fbpx
Tangkap layar yang mengaitkan MAIS termasuk imuniti istana.

MAIS sedia saman fitnah dakwaan tunggakan bayaran Masjid Al-Madaniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman fitnah terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar berhubung isu tunggakan bayaran projek pembinaan Masjid Al-Madaniah, Jalan USJ 18/7, Subang di sini.

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, pihaknya memandang serius penularan sebuah video di TikTok pada Isnin lalu yang mengaitkan kononnya berlaku isu tunggakan bayaran serta salah urus melibatkan MAIS dalam projek berkenaan.

Menurut beliau, dakwaan dalam hantaran tersebut yang mengaitkan MAIS dengan penggunaan imuniti istana serta unsur rasuah sehingga menyebabkan pembayaran tidak diselesaikan kepada pengadu adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.

“MAIS memandang serius terhadap fitnah tersebut yang jelas menggunakan isu perkauman dan ia telah menyebabkan suasana yang tidak harmoni antara kaum dan agama.

“Ia juga boleh menjejaskan imej MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Justeru, MAIS sedang meneliti peruntukan undang-undang untuk tindakan sivil iaitu saman fitnah serta laporan polis bagi tindakan lanjut terhadap fitnah jenayah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pembinaan masjid berkenaan merupakan projek diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, dengan pelantikan kontraktor utama oleh pihak berkenaan dan subkontraktor oleh kontraktor utama.

Tambahnya, berdasarkan maklumat ICU, semua bayaran telah diselesaikan kepada kontraktor utama pada 31 Oktober 2023
selaras dengan syarat-syarat kontrak yang telah ditandatangani.

“Walaupun urusan pelantikan kontraktor dibuat oleh ICU namun JAIS juga telah mengambil tindakan mempertemukakan pihak-pihak kontraktor dan sub-kontraktor yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian.

“Namun tiada persetujuan dicapai antara kontraktor dan subkonktraktor yg terlibat. Isu ini juga telah dijawab oleh pihak JAIS dalam kenyataan media bertarikh 13 Disember 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN