fbpx
Shazrul Idham.

Korban Kg. Tenang bukan diurus masjid, lelaki maut ditanduk kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Insiden tragis membabitkan seekor kerbau korban yang bertindak agresif sebelum menanduk seorang lelaki sehingga meragut nyawa di Kampung Tenang, Sungai Tiram, kelmarin lalu dilakukan secara persendirian.

Difahamkan aktiviti korban persendirian itu dilakukan keluarga mangsa di sekitar kawasan rumah mereka yang turut mengakibatkan seorang mangsa lain mengalami cedera patah tangan.

Ketua Kampung Ulu Tiram, Shazrul Idham Abd Aziz berkata, kejadian berkenaan berlaku di luar pengetahuan pihaknya kerana aktiviti korban itu dilakukan sesama mereka.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas video insiden seorang lelaki ditanduk kerbau di Batu 19 Kampung Sungai Tiram tular di media sosial namun kejadian itu bukan di bawah kawasannya.

“Kami pun tak sangka terdapat satu lagi kejadian membabitkan kematian pada hari sama di kawasan saya iaitu di Kampung Tenang ini. Saya turut dihubungi pihak polis berhubung kejadian tersebut.

“Difahamkan mangsa terkena tindakan agresif kerbau ketika proses korban dijalankan sesama mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata, semua program korban yang dianjurkan pihak masjid di kawasan terbabit sentiasa memohon permit dan mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Katanya, proses mendapatkan permit penting bagi memastikan lokasi penyembelihan, kandang sementara, kawalan haiwan serta aspek keselamatan dipantau pihak berkaitan.

“Kalau mohon permit, kita akan ikut prosedur dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan. Veterinar akan datang tengok keadaan tempat sembelihan, pagar, kawasan haiwan dan sebagainya.

“Tetapi bila dibuat secara sendiri tanpa permit, kita tak tahu dan sukar untuk pantau. Korban ini ibadah yang baik, tetapi perlu ikut garis panduan supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang lelaki maut selepas ditanduk seekor kerbau ketika sedang melakukan aktiviti ibadah korban di Kampung Tenang, Ulu Tiram.

Mangsa, Ahmad Shah Meerasa, 45, disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi Rabu menyebabkan mangsa cedera sebelum meninggal dunia akibat kecederaan saluran darah (vaskular) kaki kiri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN