fbpx
BAYERN menyingkirkan Real dengan meraih kemenangan dalam kedua-dua aksi untuk menempah slot separuh akhir. - AFP

UCL: Bayern pamer keinginan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich mempamerkan mentaliti sebagai juara apabila tiga kali bangkit daripada ketinggalan ketika menewaskan Real Madrid 4-3 pada aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Allianz Arena awal pagi semalam.

Empat gol menerusi Aleksandar Pavlovic, Harry Kane, Luis Diaz dan Michael Olise membolehkan Bayern mara dengan agregat 6-4, manakala gol Real disumbangkan dua jaringan Arda Guler dan satu gol Kylian Mbappe.

Jurulatih Bayern, Vincent Kompany memuji kekuatan mental yang ditunjukkan barisan pemainnya pada perlawanan itu, terutamanya ketika bangkit memburu jaringan selepas Real beberapa kali berada di depan.

“Mental pemain-pemain pada hari ini (semalam) sangat kuat apabila mereka berjaya untuk bangkit daripada ketinggalan, begitu juga dengan penyokong. Kami kekal tenang dan hanya cuba memburu jaringan.

“Kami layak untuk menang, lebih-lebih lagi semua pemain bermain sebagai satu pasukan. Sepanjang perlawanan berlangsung, kami meletakkan sepenuh kepercayaan untuk bangkit dan mencatat kemenangan,” katanya.

Minggu ini boleh dianggap sebagai minggu paling bermakna buat Bayern memandangkan mereka juga berpotensi untuk dinobatkan sebagai juara Bundesliga, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu.

“Saya anggap perlawanan hari ini (semalam) sangat emosi. Kami memegang penguasaan bola tetapi anda semua tahu bahawa Real Madrid tetap Real Madrid kerana mereka sentiasa memberi ancaman kepada lawan,” ujar Kompany. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN