fbpx
KANE percaya dia mampu memenangi Ballon d’Or, namun perlu melepasi syarat iaitu membantu England menjuarai Piala Dunia. - AFP

Piala Dunia: Kane mula pasang impian peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FLORIDA – Penyerang sensasi England, Harry Kane menggalas misi tersendiri menjelang saingan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan membuka tirainya bermula 12 Jun hingga 19 Julai depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Pemain Bayern Munich itu memasang impian untuk membantu skuad The Three Lions memenangi trofi teragung tersebut, sekali gus turut mencerahkan peluangnya memenangi anugerah Ballon d’Or.

Kane mengharungi musim cukup cemerlang sepanjang kempen 2025/26 apabila berjaya menjaringkan 61 gol dalam 51 perlawanan selain membantu Bayern meraih gelaran berganda, termasuk mempertahankan takhta Bundesliga.

“Apa yang boleh saya katakan, saya mungkin akan berada di sana (calon memenangi Ballon d’Or). Menerusi musim yang diharungi, koleksi trofi serta jumlah jaringan, saya patut berada dalam jangkaan (memenangi Ballon d’Or).

“Sekiranya saya mampu membantu England memenangi Piala Dunia, mungkin salah seorang pemain England akan ditabalkan sebagai pemenang Ballon d’Or. Buat masa sekarang, saya perlu kekal fokus,” katanya.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu menjelaskan, pemenang-pemenang Ballon d’Or sebelum ini merupakan pemain-pemain yang membantu pasukan masing-masing memenangi pertandingan-pertandingan utama.

“Jika anda melihat kepada senarai pemenang (Ballon d’Or) sebelum ini, mereka semua membantu pasukan menang dalam perlawanan dan kejohanan besar. Sebab itu saya cakap saya boleh memenanginya jika membantu England menjadi juara dunia,” ujar Kane. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN