fbpx
Anggota bomba berusaha membuka pintu kenderaan untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak di Bandar Puncak Alam, hari ini. Foto IHSAN JBPM

Kanak-kanak 1 tahun terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia satu tahun lima bulan yang terperangkap dalam sebuah kenderaan di Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.07 tengah hari tadi.

Menurutnya, seramai lima anggota dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak sejauh 18 kilometer.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan bahawa terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki terkunci didalam sebuah kereta.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh anggota bertugas dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN