fbpx
Tangkap layar video menunjukkan deretan khemah dan motosikal yang diletakkan di tengah jalan raya. - TikTok

Majlis kahwin tengah jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Jakarta, Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana diadakan di tengah jalan raya yang sibuk, lapor portal berita Lambe Turah. 

Majlis perkahwinan itu diadakan di Jalan Kemayoran Gempol, Jakarta Pusat, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan deretan khemah dan motosikal yang diletakkan di tengah laluan utama. 

Penutupan jalan tersebut menyebabkan orang ramai terpaksa menggunakan laluan alternatif dan memandu secara melawan arus. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kahwin sehari, kena sumpah sampai bila-bila,” kata seorang netizen. 

“Ini pengalaman sekali seumur hidup. Jangan rosakkan kebahagian orang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN