fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Anisharina dan Ikan.Bandaraya menunjukkan orang ramai menunggu tren di laluan Kelana Jaya

Apa masalah laluan LRT Kelana Jaya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan ( LRT) laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan operasi sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahu ke tempat kerja, pagi ini.

Gangguan perkhidmatan ini berlaku sejak awal Ramadan lalu hampir setiap hari sehingga sekarang ketika waktu puncak.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, ramai pengguna terpaksa berhenti untuk tempoh yang lama di setiap perhentian stesen.

“Semua sambung lah tidur balik. LRT Kelana Jaya berhenti lama di setiap stesen sebab ada masalah teknikal,” kata Anisharina.

“Dah setengah jam naik tren tetap tidak sampai ke destinasi, patutnya 40 minit saja,” tambahnya lagi.

Rata-rata pengguna turut meluahkan rasa geram terhadap halangan yang dihadapi ketika menaiki LRT.

Menurut Ahmad_Zulhilmi94 berkata, laluan LRT Kelana Jaya sering dilaporkan mengalami gangguan teknikal sejak sekian lama dan menggesa agar pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

“Laluan Kelana Jaya dari dulu bermasalah. Tolong cari jalan penyelesaian,” ujarnya.

“Selamat hari Isnin. Bertabah lah pengguna LRT laluan Kelana Jaya,” jelas Sofearhm pula.

Ada juga pengguna menyarankan untuk memuat naik aplikasi ‘MyRapid Pulse’ yang sentiasa mengemas kini sebarang isu teknikal dan status semasa kerja-kerja pembaikan menerusi aplikasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN