PONTIAN – “Keputusan ini hadiah atas pengorbanan abang sulung selama ini yang menjaga kami selepas kematian ayah dan ibu.” Itu kata pelajar Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Benut, Qatrunnada Thaqifah Mohamed, 18, yang mendapat keputusan cemerlang 11A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Menurutnya, kejayaan tersebut hasil semangat dan dorongan abang sulungnya, Muhammad Aiman Ashraf, yang kini memikul tanggungjawab sebagai penjaga selepas pemergian kedua-dua ibu bapa mereka. Katanya, bapanya meninggal dunia pada tahun 2021 akibat kanser…














