fbpx
Gambar hiasan.

Serah wang gadaian barang kemas ibu RM90,240 kepada ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut ditangkap kononnya atas dakwaan pengubahan wang haram, seorang wanita mengikut arahan sindiket penipuan atau ‘scammer’ menggadai barangan kemasnya dan ibu hingga kerugian RM90,240.

Pembantu kedai berusia 21 tahun yang akhirnya menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 8.52 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya wanita tersebut telah dihubungi suspek yang mendakwa wakil sebuah syarikat penghantaran pada pukul 4 petang, Jumaat lalu.

“Suspek mendakwa kononnya penghantaran tersebut melibatkan kad pengenalan dan kad bank sebelum panggilan telah disambung kepada individu lain menyamar pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Mangsa mula gelabah apabila didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, suspek kemudiannya mengarahkan wanita terbabit menunjukkan barangan kemas dimiliki.

Beliau berkata, pembantu kedai tersebut kemudiannya akur dengan arahan agar menggadai kesemua barangan kemas miliknya dan ibu berkenaan.

“Mangsa melakukan gadaian di tiga kedai pajak gadai di sekitar bandar raya ini sebelum memasukkan wang gadaian berjumlah keseluruhan RM90,240 ke dalam tiga akaun bank diberikan suspek,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN