fbpx
Tangkap layar video hantaran pengguna Ehwana di TikTok memaparkan keterujaannya ketika menonton konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.

‘Suka TokTi dari dalam perut mak saya, maaf terkeluar gila sikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita menjadi perhatian selepas rakaman aksinya yang terlampau teruja ketika menonton konsert biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok bernama Ehwana, dia dilihat menjerit dengan nada yang cukup tinggi sehingga mencuri tumpuan penonton lain ketika lagu raya popular, Sesuai Di Aidilfitri didendangkan.

Menyedari aksinya itu mengundang pelbagai reaksi, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara berseloroh melalui satu video penjelasan.

“Maaf semua, saya memang peminat tegar TokTi sejak dari dalam perut mak saya lagi. Masa itu memang perasaan gembira tidak dapat dibendung, jadi ‘terkeluar’ gila sikit.

“Saya pun tidak sedar suara saya sekuat itu sampai abang di depan pun nampak terkejut,” katanya dalam nada bergurau.

Rata-rata pengguna turut terhibur dengan gelagat spontan wanita berkenaan yang dianggap mewakili perasaan ramai peminat tegar Siti Nurhaliza.

“Saya tengok video ini banyak kali dan masih ketawa. Itu gila yang normal asalkan awak seronok,” kata Maliksutanmuda.

“Saya gelak besar bukan sebab awak nyanyi, tapi sebab tengok muka Tok Ti terkejut,” tambah Zueirna pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN