fbpx
FAISAL meletakkan Selangor di hadapan ketika mereka sekadar terikat menentang Sabah kelmarin.

Liga Super: Selangor sengaja pilih jalan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon mengakui pasukannya kini memilih jalan yang lebih sukar untuk mencapai impian menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga kedua.

Bagaimanapun, mantan pengendali Harimau Malaya itu belum sedia mengangkat bendera putih dan menjangkakan penentuan mungkin akan dapat ditentukan pada hujung musim.

“Peluangnya sangat tipis dan saya fikir malam ini (kelmarin) kami patut meraih kemenangan. Kami masih ada baki perlawanan dan kami mesti berjuang hingga akhir untuk mendapatan kemenangan.

“Namun, kita lihat apa yang akan berlaku kerana pasukan lain juga masih ada baki perlawanan dan kita sedang menanti keputusan mereka. Kami tidak boleh berputus asa dan sekarang kena cuba dapatkan mata,” katanya.

Terdahulu, Gergasi Merah memulakan perlawanan dengan positif apabila mendominasi permainan hingga memperoleh gol pertama menerusi Faisal Halim, namun ia hanya bertahan tiga minit selepas Fergus Tierney kembali menyamakan kedudukan.

Dalam masa sama, Pan-gon juga menjelaskan Selangor FC wajar menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memanfaatkan peluang dan membenarkan Sabah FC bermain secara negatif apabila sering membuang masa.

“Secara strateginya, mereka mahu membuang masa dan saya fikir, kami sendiri yang membenarkan mereka berbuat sedemikian. Jika kami mendahului, mereka pasti tidak akan bermain seperti itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN