fbpx
MPHTJ menjalankan operasi pemeriksaan kebersihan di premis makanan sekitar kawasan Hang Tuah Jaya

Tujuh premis ‘keras kepala’ kena kompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

AYER KEROH – Sikap degil segelintir pengusaha makanan mengabaikan aspek kebersihan mengundang padah apabila tujuh premis dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, tindakan tegas itu diambil selepas pemeriksaan berkala mendapati premis terlibat gagal mematuhi syarat lesen, malah ada yang berulang kali menerima notis amaran tanpa sebarang penambahbaikan.

“Kesemua premis yang dikompaun dan menerima notis amaran melibatkan sektor makanan dan minuman. Ada antara premis ini sudah beberapa kali diberi amaran, namun masih gagal menyediakan kemudahan asas kebersihan seperti yang ditetapkan.

“Antara kesalahan yang dikesan tidak menyelenggara perangkap minyak dan premis kotor,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN