KLUANG – Sikap segelintir peniaga yang menutup gerai lebih awal dikenal pasti menjadi punca operasi pasar malam di bandar ini semakin hilang seri sehingga dilihat seperti ‘pasar petang’. Situasi itu berlaku apabila ramai peniaga mula berkemas sebelum waktu solat maghrib, menyebabkan hanya sebahagian kecil yang meneruskan jualan walaupun masih terdapat pelanggan hadir selepas waktu tersebut. Seorang peniaga, Hassan Abdullah, 55, berkata, keadaan itu memberi kesan besar kepada suasana dan tarikan pasar malam kerana pengunjung semakin berkurangan apabila banyak gerai tidak…














