fbpx
Penguat kuasa KPDN memeriksa aksesori dan alat ganti tiruan telefon bimbit yang disita di sebuah premis di Ipoh semalam.

Aksesori, alat ganti tiruan telefon bimbit bernilai RM21,415 disita KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Serbuan ke atas sebuah premis perniagaan di sini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam menemukan 1,107 unit alat ganti dan barangan aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM21,415.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada pukul 11.40 pagi itu dilakukan hasil aduan dan maklumat oleh wakil pemilik cap dagang.

Katanya, pihak pengadu memaklumkan terdapatnya penjualan alat ganti dan barangan aksesori telefon bimbit berjenama terkenal disyaki tiruan di premis berkenaan.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menemui sebanyak 1,107 unit alat ganti dan barangan aksesori telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit dan disyaki premis telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Katanya, kesalahan berkenaan ialah mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 akta itu.

“Kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan tersebut dianggarkan bernilai RM21,415,” katanya.

Kamalludin berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN