fbpx
Mercu tanda Ipoh yang berada di jalan Kuala Kangsar menjalani proses gantian semalam.

Mercu tanda ‘Ipoh’ diturunkan, bakal diganti wajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mercu tanda ikonik ‘Ipoh’ di Jalan Kuala Kangsar yang menjadi antara lokasi wajib dirakam diturunkan semalam bagi memberi laluan kepada pemasangan papan tanda baharu.

Mercu tanda gergasi yang sekian lama menjadi simbol bandar raya itu bukan sahaja menjadi pilihan orang ramai untuk merakam gambar, malah turut dikenali dalam kalangan pelancong di dalam dan luar negara.

Struktur tersebut pernah mendapat perhatian apabila terdapat beberapa penggemar aktiviti lasak pernah memanjat papan tanda itu sehingga tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi mengenai aspek keselamatan.

Beberapa video yang tular di media sosial mendapati kerja-kerja menurunkan mercu tanda itu telah selesai dan orang ramai sedang menantikan pembaharuan yang dijangka tampil dengan reka bentuk lebih moden dan segar.

Perkembangan itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menganggap ia menandakan satu lagi lembaran baharu buat landskap Ipoh dan tidak kurang juga berkongsi nostalgia mercu tanda yang menjadi sebahagian daripada identiti bandar raya tersebut.

Rata-rata netizen juga berasa teruja menantikan kemunculan mercu tanda baharu yang diharapkan lebih moden sekali gus menjadi tarikan baharu bandar raya Ipoh.

Seorang pengguna Facebook, Amir Hakimi berkata, ramai yang menunggu reka bentuk baharu mercu tanda ikonik tersebut.

“Tak sabar nak tengok reka bentuk baharu. Harap lebih cantik dan terus jadi ikon Ipoh yang boleh dibanggakan,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Nur Aisyah pula berharap mercu tanda baharu tersebut lebih unik dan mesra pengunjung.

“Kalau boleh tambah pencahayaan pada waktu malam dan ruang bergambar yang lebih menarik. Mesti ramai pelancong datang nanti,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN