fbpx
Gambar hiasan.

Individu maut terjatuh di Damansara Damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bangunan dalam kejadian di Damansara Damai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bedah siasat akan dijalankan esok pagi,” katanya ringkas malam ini.

Terdahulu, seorang pengguna Threads memaklumkan terdapat individu dipercayai terjatuh dari apartmen di kawasan berkenaan sebelum hantaran tersebut dipadamkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN