fbpx
BAYERN membawa bekalan yang baik apabila meraih kemenangan menerusi dua gol ketika aksi di Santiago Bernabeu menewaskan Real. - AFP

UCL: Bayern tidak mahu ‘lupa diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany tidak mahu para pemainnya ‘lupa diri’ sehingga memberi kesan kepada perjalanan pasukan di pentas Liga Juara-Juara musim ini.

Walaupun menang 2-1 ke atas Real Madrid di tempat lawan, awal pagi semalam, Kompany menjelaskan keputusan itu tidak memberi makna besar kerana masih ada 90 minit pada perlawanan kedua di Munich.

“Perasaan kami sekarang agak baik apabila kami melakukan sesuatu yang cukup positif untuk meneruskan saingan ke pusingan seterusnya. Namun, buat masa sekarang ia tidak ubah seperti separuh masa.

“Tidak akan ada sambutan keterlaluan kerana masih ada satu lagi perlawanan yang bakal menanti kami. Real mempunyai kualiti dan mereka sentiasa mampu untuk menghadirkan kejutan.

“Jadi, kami perlu terus mencuba untuk memenangi perlawanan selepas ini di gelanggang kami sendiri,” katanya.

Terdahulu, kelab gergasi Jerman itu membuktikan mereka sedang berada pada kelas tersendiri mengecewakan Real di hadapan penyokong sendiri apabila meledak jaringan menerusi Luis Diaz dan Harry Kane.

“Perkara utama adalah kami begitu perlukan kualiti, begitu juga dengan semangat dan mentaliti yang lebih baik ketika menentang pasukan hebat. Kami sudah melakukannya dengan tepat dan keputusan ini berikan kami peluang untuk terus mara,” katanya. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN