fbpx
BARCELONA diambang untuk mengekalkan kejuaraan La Liga apabila hanya memerlukan seri pada aksi El Clasico untuk dinobatkan sebagai juara. - AFP

La Liga: Peluang Barca berpesta awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona berpeluang untuk berpesta lebih awal sekali gus meranapkan maruah Real Madrid apabila bakal mengesahkan kejuaraan La Liga musim ini ketika aksi El Clasico di Stadium Camp Nou, awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad kendalian Hansi Flick hanya memerlukan keputusan seri untuk menjulang kejuaraan liga buat musim kedua berturut-turut selepas memiliki kelebihan 11 mata ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Malah, kemenangan ke atas Madrid bukan sahaja mampu mengesahkan trofi, malah membuka peluang buat Barcelona menyamai rekod 100 mata liga yang pernah ketika dibimbing Tito Vilanova pada musim 2012/13

Pertahanan Barcelona, Jules Kounde menegaskan rakan-rakan sepasukan berada dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan besar itu dan sedia untuk meraih keputusan positif.

“Saya lihat semua pemain berada pada tahap bersedia dan sangat fokus untuk aksi El Clasico. Kami boleh menjuarai liga dengan keputusan seri, tetapi jika menang pasti lebih sempurna,” katanya.

Sementara itu, Kounde mengakui pemain sayap Madrid, Vinicius Junior kekal menjadi ancaman terbesar buat pertahanan Barcelona selain penyerang utama, Kylian Mbappe.

“Vinicius pemain yang paling banyak memberi masalah kepada saya. Dia sangat pantas dan sentiasa mengubah arah pergerakan ketika melakukan serangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN