fbpx
Asnida ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan tidak mengisytiharkan harta pegangan saham lima buah syarikat.

Anak perempuan Tun Daim hadir di mahkamah bagi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Difahamkan pendakwaan terhadap Asnida adalah kes berkaitan kegagalan mematuhi notis perisytiharan aset.

Asnida yang memakai baju biru gelap dan berselendang serta memakai pelitup muka tiba pada 8.40 pagi dengan ditemani ahli keluarganya.

Semalam, beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Bagaimanapun, setakat ini hanya Asnida yang hadir ke SPRM untuk direkodkan manakala tiga lagi anak Tun Daim tidak kelihatan biarpun telah diarahkan hadir memberi keterangan.

Tiga lagi anak Tun Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Media sebelum ini melaporkan, empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham diarahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Sebelum ini, SPRM menyerahkan Notis Kesan Individu ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN