fbpx
Fikri diiringi pegawai dan anggota polis ketika tiba bagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Guru kolej nafi amang seksual, liwat dua pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang guru kolej swasta yang tular mencabul dan meliwat dua pelajar lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Fikri Zainal Abidin,38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut dua pertuduhan, duda itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki berusia 15 tahun seterusnya melakukan kesalahan dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Fikri juga didakwa satu pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap salah seorang remaja itu mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam asrama kolej berkenaan di Seksyen U1 dan sebuah rumah di Seksyen 18 di sini, antara 20, 23 dan 29 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roshaira Rosly dan K.S Rinisha Priyya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak diwakili peguam kemudian merayu agar diberikan jaminan dengan alasan menanggung ibu bapanya yang telah tua selain ingin melantik peguam nanti.

Bagaimanapun, Awang Kerisnada menolak permohonan itu dengan menegaskan keselamatan mangsa merupakan pertimbangan utama mahkamah.

“Kamu dihantar untuk direman di Penjara Sungai Buloh dan boleh membuat permohan mendapatkan peguam di sana,” katanya.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan polis sejurus selesai makan di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada pukul 12.01 tengah malam, 4 Julai lalu kerana disyaki terbongkar meliwat dua pelajar kolej berusia 15 tahun.

Kes itu terbongkar selepas tular di media sosial mengenai dakwaan seorang tenaga pengajar melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami trauma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN