fbpx
MORAES menyelamatkan maruah Selangor selepas meledak gol penyamaan ketika mengikat Kuching City kelmarin.

Piala Malaysia: Selangor optimis mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon optimis peluang pasukan untuk mara ke final Piala Malaysia musim ini masih terbuka walaupun gagal melakar kemenangan selepas terikat seri 1-1 bertemu Kuching City pada aksi separuh akhir kelmarin.

Menurut Pan-gon, kegagalan pasukan untuk meraih bekalan selesa bukanlah alasan dan semua pemain perlu menggandakan usaha pada baki 90 perlawanan pada aksi timbal balik di Stadium Negeri, Kuching, 18 April depan.

Pan-gon berkata, tiada perubahan taktikal yang akan dibuat selain daripada memburu keputusan positif di gelanggang keramat The Cats nanti.

“Pada aksi kali ini, saya lihat kami mencipta peluang lebih tinggi berbanding Kuching dan prestasi kami di atas padang lebih baik.

“Kami menguasai dan mengawal permainan. Jika pada perlawanan di tempat sendiri nanti mereka mahu terus menyerang, kami bersedia. Kami akan pergi ke sana dan melihat sama ada mereka menggunakan kelebihan mereka untuk mengasak benteng kami.

“Ia akan menjadi perlawanan yang baik kerana kami bukan sekadar bertahan, kami juga akan menyerang. Kami mahu menjadikannya perlawanan yang sangat menarik untuk peminat pada perlawanan kedua,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad The Cats meraih gol menerusi jaringan penalti Ronald Ngah Wanja sebelum Selangor bangkit pada penghujung saingan hasil penyudah Chrigor Moraes.

Keputusan tersebut menyaksikan Pan-gon masih kekalkan dengan rekod 14 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan yang diharungi sejak membimbing Selangor pada Januari lepas.

Selangor FC dilihat terdesak untuk melunaskan ‘Misi 34’ selepas kali terakhir bergelar juara Piala Malaysia pada edisi 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN