fbpx
Gambar hiasan. - JANAAN AI

‘Jangan hantar lebihan makanan open house, kenduri ke madrasah!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebagai bekas budak tahfiz aku nak bagi nasihat. Untuk kau orang yang buat open house (rumah terbuka) atau kenduri, kalau makanan tak habis lepas tu nak hantar kat madrasah, baik jangan buat.”

Itu pesanan seorang lelaki yang juga bekas pelajar tahfiz mengenai kecenderungan orang ramai menghantar lebihan makanan lebihan kenduri ke madrasah.

Dia yang menggunakan profil @Fathiikhn di media sosial menggesa supaya amalan yang ‘menggunakan’ alasan mahu mengelakkan pembaziran makanan, dihentikan.
“Tak kisah lah banyak mana pun atau niat kau orang tak nak membazir, tolong jangan buat!

“Kalau nak sedekah makanan ke madrasah, pastikan yang segar dan elok. Budak-budak tu tetap hargai setiap rezeki, tapi jangan sampai mengecewakan,” katanya.

Malah, dia turut berkongsi pengalaman menerima lebihan makanan kenduri ketika belajar di madrasah suatu ketika dahulu.

“Aku pernah dapat sedekah, nasi minyak satu tong dan lauk pauk ayam merah. Kau tahu perasaan budak tahfiz bila dapat makanan ni? Seronok gila! Rasa macam nak lompat.

“Bayang kan kita orang masa tu makan tempe ja. Tapi bila buka, bau dah nak basi. Memang kecewa habis. Siapa yang pernah duk tahfiz tahu benda ni dan pernah rasa,” luahnya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan perkongsiannya itu.

“Betul. Kalau berniat nak bagi dekat pusat tahfiz, bagi awal supaya kualiti makanan terjaga,” komen seorang pengguna.

“Sangat biadab. Sedangkan Nabi ajar, beri hadiah dekat orang seperti (apa) yang kita suka,” ujar yang lain.

“Kami selalu buat kenduri. Lepas ja masak, bungkus terus hantar ke pusat tahfiz,” kongsi @Zedyabdulrazak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN