fbpx
PENYANYI Nourul mulanya tidak menyangka anak lelaki sulungnya, Zachary meminati lagu irama Melayu tradisional seperti Cindai nyanyian Siti Nurhaliza dan Ikan Kekek (Puan Sri Saloma).

‘Saya terkejut dia minat lagu Melayu tradisional, klasik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Minat mendalam terhadap seni muzik terserlah sejak kecil, penyanyi Nourul Depp mengakui anak lelakinya, Zachary Depp memiliki kecenderungan kuat dalam bidang nyanyian serta persembahan dan mampu melakar jejak tersendiri dalam dunia hiburan.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 49, berkata bakat anaknya semakin jelas apabila aktif terlibat dalam teater dan persembahan di sekolah.

“Di sekolah, dia memang aktif buat persembahan dan teater. Bakat muzik memang ada. Cuma saya tak sangka dia suka menyanyi, apatah lagi minat lagu Melayu tradisional serta lagu klasik sedangkan dia sekolah di Bali, Indonesia.

Dia berkata bakat anaknya semakin jelas apabila aktif terlibat dalam teater dan persembahan di sekolah, cuma apa yang mengejutkan, dia tidak menyangka Zachary meminati lagu Melayu klasik.

“Di sekolah, dia memang aktif buat persembahan dan teater. Bakat muzik memang ada. Cuma saya tak sangka dia suka menyanyi, apatah lagi minat lagu Melayu tradisional serta lagu klasik sedangkan dia sekolah di Bali, Indonesia.

“Sekarang dia sangat gemar lagu Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan lagu Allahyarham Puan Sri Saloma seperti Ikan Kekek,” katanya kepada Kosmo! Online.

Disebabkan bakat itulah ujar Nourul, dia bakal melibatkan Zachary, 13, dalam konsert For You Nourul pada penghujung bulan nanti.

“Ya, sebab ramai suka, nanti memang ada kemunculan istimewa dia dalam konsert itu. Sebenarnya kami pun sudah dedahkan perkara ini.

“Paling lucu, dia lebih kelam-kabut daripada saya, terlalu teruja. Tapi sekarang dia nampak relaks sahaja, macam ‘ready to go’. Biasalah budak-budak,” ujarnya pada sesi latihan konsert solo sulungnya, For You Nourul di sini, semalam.

Bagaimanapun, pelantun lagu Kerana Terluka itu menegaskan fokus utama tetap diberikan kepada pendidikan memandangkan anaknya bercita-cita menjadi juruterbang sejak kecil.

Apatah lagi putera kesayangannya itu bakal melangkah ke alam sekolah menengah tidak lama lagi.

“Zachary mahu jadi juruterbang sejak umur empat tahun. Jadi kami sebagai ibu bapa mahu sokong impian itu.

“Untuk jadi juruterbang, akademik kena kuat. Tahun depan dia masuk Year 9 iaitu sekolah menengah, memang mencabar.

“Kalau jadual sesuai, saya tiada masalah. Tetapi sekolah dia di Bali, agak sukar untuk seimbangkan,” jelasnya.

Terdahulu, persembahan spontan Zachary ketika pembukaan sidang media konsert tersebut menjadi tular dan menerima pujian ramai yang melihat potensi besar dalam dirinya.

Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric pada 2012.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 13, Raphael, 11, serta Isabella, 7 dan kini menetap di Bali, Indonesia.

Nourul bakal mengukir sejarah peribadi menerusi konsert solo sulung For You Nourul di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei ini sekali gus menjadi pentas istimewa meraikan tiga dekad perjalanannya sebagai anak seni. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN