fbpx
Lokasi penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah bagasi di dalam sebuah rumah di Taman Impian Indah, semalam.

Pemilik terkejut rumah kotor, bau busuk bongkar mayat dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pemilik rumah terkejut selepas menemukan mayat dalam bagasi di kediaman yang disewanya di Taman Impian Indah, di sini semalam.

Mayat wanita itu dijumpai selepas dia melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan susulan keadaannya yang kotor dan berbau busuk.

“Saya cuba menghubungi penyewa beberapa kali namun gagal, jadi saya pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan. Sebaik masuk saya terhidu bau busuk dan keadaan di dalam rumah juga kotor sebelum menemui bagasi tersebut,” katanya hari ini.

Pemilik yang enggan dikenali itu berkata, dia percaya mayat tersebut adalah penyewa wanita warga Nepal yang berpindah ke flat tiga tingkat tersebut sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, penyewa wanita asing itu tinggal di kediaman tersebut bersama seorang lelaki. Mereka tidak membayar sewa pada tempoh yang ditetapkan.

“Rumah itu kotor sebab ada kesan kumbahan dan bau busuk di lantai. Di bahagian ruang tamu pula dipenuhi dengan pakaian dan kumbahan yang bocor dari kotak.

“Sebaik menghampiri kotak itu, saya ternampak sebuah bagasi di dalamnya. Saya cuba menariknya keluar untuk melihat apa (isi) yang di dalamnya, tetapi ia sangat berat,” katanya.

Cerita pemilik rumah itu, bagasi tersebut kelihatan kembung sehingga menyukarkan dia untuk membuka zip.

“Disebabkan ketakutan, saya segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya di sebuah rumah flat pada pukul 8.37 malam semalam.

Siasatan lanjut termasuk motif pembunuhan sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN