fbpx
Penduduk bergantung dengan perkhidmatan feri dan bot tambang untuk ke pekan Kuala Krai. – Media Sosial

Bila jambatan baharu ini siap, sudah lima tahun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – “Sudah lebih 5 tahun sambut raya, tetapi jambatan ini masih belum siap. Kami tidak tahu bila ia akan siap.”

Demikian luahan penduduk beberapa kampung di seberang Sungai Kelantan termasuk Pasir Kelang, Sungai Taku, Buyong yang masih menantikan jamba­tan baharu. Jambatan sepanjang 400 meter itu akan menjadi peng­hubung lebih 5,000 penduduk dengan bandar terdekat seperti Kuala Krai dan Machang.

Menurut mereka, jambatan itu yang mula dibina sejak 2021 masih belum kelihatan bentuk­nya walaupun dijadualkan siap Di­sember ini. Lebih malang, jambatan sementara yang dibina sudah beberapa kali roboh akibat dihentam balak dan sampah pada musim banjir.

Seorang penduduk dikenali sebagai Afnan, 36, berkata, pihaknya amat mengharapkan jambatan itu kerana mereka kini bergantung dengan feri dan bot tambang yang tidak beroperasi 24 jam sehari.

“Jika ada kecemasan, kami terpaksa minta bantuan bot penduduk untuk seberang sungai,” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan feri juga kerap tergendala kerana mengalami kerosakan selain keadaan air tidak menentu terutama musim bah.

Seorang lagi penduduk, Shahrul Nizam Zakaria 47, berkata, walaupun terdapat laluan darat, tapi laluannya agak jauh dan mengambil masa lebih sejam.

Oleh itu, lelaki tersebut berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan pembinaan infrastruktur tersebut demi kemudahan penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN