fbpx
Ahmad Fauzi Sa’arani (kanan) menyerahkan lebihan sumbangan orang ramai kepada Muhammad Hilmi Syahrulnizam (dua dari kanan) bagi rawatan Nur Hana Sofea, yang dipangku ibunya, Nurul Nisha (kiri), di Sungai Kepar, hari ini. Foto oleh WAT KAMAL ABAS

Dana rawatan Nur Hana Sofea cukup, kutipan dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bagan Serai – Dana kutipan orang ramai bagi menampung kos rawatan bayi perempuan, Nur Hana Sofea Muhammad Hilmi, setahun empat bulan, telah mencukupi.

Bapanya, Muhammad Hilmi Syahrulnizam, 28, berkata setakat jam 4.30 petang ini, jumlah sumbangan yang diterima melalui akaun bank isterinya mencecah RM4,300.

Menurutnya, jumlah itu ditambah dengan sumbangan sebanyak RM2,000 daripada seorang individu, Ahmad Fauzi Sa’arani, sekali gus melengkapkan keperluan dana bagi rawatan anaknya.

“Dengan jumlah keseluruhan ini, kos untuk menghantar sampel darah ke Taiwan serta menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang telah mencukupi.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan mendoakan agar mereka dilimpahi rezeki berterusan serta dapat terus membantu golongan memerlukan pada masa hadapan,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Ahmad Fauzi di kediamannya di Sungai Kepar, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Hilmi memaklumkan bahawa kutipan sumbangan ke akaun isterinya ditutup berikutan dana yang diperlukan sudah mencukupi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN