fbpx
BELLA Astillah mengakui terharu dan bersyukur kehadirannya diterima baik keluarga bakal mentua.

‘Mereka sangat baik, sampai terfikir layakkah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menempuh fasa baharu dalam kehidupan, penyanyi Bella Astillah menzahirkan rasa syukur dikurniakan bakal keluarga mentua yang sangat baik.

Pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, terharu kehadirannya diterima baik keluarga tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dipertemukan dengan keluarga yang sangat hebat bukan sahaja pendidikan malah budi bahasa dan keperibadian mereka yang saya sangat hormati serta buat saya sayang dengan mereka semua.

“Bermula dengan Kak Amani, Kak Sha, Abang Salleh dan sudah semestinya mama dan abuyah. Mereka semua menerima saya dengan hati terbuka.

“Saya dapat rasa mereka sangat mengalu-alukan saya. Saya nak kata terlalu rapat itu tidak sebab masih dalam fasa bertunang.

“Nampak perbezaan cukup jauh dari dulu dan sekarang. Mereka sangat baik terutamanya Kak Amani (kakak sulung Saddiq),” katanya dalam sebuah audio siar.

Malah, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu memegang prinsip yang sering dipesan ibunya bahawa rezeki datang dalam pelbagai bentuk, termasuklah kehadiran insan yang tulus dalam kehidupan.

“Itu pun rezeki juga untuk saya. Diperkenalkan dengan orang yang baik, masuk dalam kehidupan kita.

“Mama cakap rezeki bukan sahaja duit, gaji atau bonus tapi kawan-kawan atau orang yang baik pun rezeki, alhamdulillah,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Bella mengakui kadangkala terdetik rasa rendah diri apabila melihat betapa indahnya layanan yang diterima daripada keluarga tersebut sehingga timbul persoalan sama ada dia layak menerima semua kebaikan terbabit.

“Benda-benda ini banyak buat saya bahagia dan beri ketenangan. Tak perlu celaru dengan apa orang cakap sebab mereka memang baik.

“Sampai saya terfikir ‘do I deserve this’ (adakah saya layak untuk semua ini),” katanya lagi.

Sebelum ini, Bella sah bergelar tunangan kepada Saddiq dalam sebuah majlis selepas mula intim sejak awal 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN