fbpx
PU Rahmat

Jangan ‘berlakon’ jadi peserta misi – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan segelintir individu menghasilkan kandungan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dengan ‘berlakon’ sebagai peserta misi Global Sumud Flotilla 2.0 dikecam kerana boleh menjejaskan koordinasi serta keselamatan sebenar peserta.

Penceramah bebas, PU Rahmat menerusi satu hantaran di Threads menegaskan perbuatan tersebut tidak wajar dijadikan bahan gurauan apatah lagi melibatkan misi berisiko tinggi seperti ke Gaza.

Menurutnya, pihak pengurusan perlu menyelaras setiap peserta secara teliti bagi memastikan mereka sampai ke pelabuhan yang betul selain dilindungi dari sudut undang-undang.
“Tolong jangan berlakon atau bergurau sebagai peserta Sumud. Kami perlu koordinasi setiap peserta agar sampai ke pelabuhan yang betul dan memastikan setiap peserta dilindungi undang-undang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa isu melibatkan nyawa tidak boleh dijadikan bahan hiburan semata-mata.

“Jangan bermain dengan nyawa demi sekelumit hiburan,” tegasnya.

Hantaran tersebut turut disertakan paparan perbualan yang menunjukkan seorang individu memohon maaf selepas mengakui menghasilkan kandungan menggunakan AI sebagai tanda solidariti sebelum memadamkannya.

Individu berkenaan berkata, dia tidak menyangka perkongsian tersebut menjadi tular sehingga sampai kepada peserta misi sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN