fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu mencuri 10 ekor ayam di Pasar Flamboyan kelmarin. - Instagram

‘Panjang tangan’, wanita curi 10 ekor ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Pontianak, wilayah Kalimantan Selatan mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam mencuri 10 ekor ayam mentah di sebuah pasar basah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Pasar Flamboyan kelmarin. 

Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @aksaraloka.idn menunjukkan wanita terbabit mengambil beberapa potongan ayam lalu diletakkan ke dalam begnya ketika penjual sedang sibuk. 

Seorang peniaga ayam dikenali sebagai Arifin berkata, suspek didapati mencuri 10 ekor ayam dengan berat sekitar 20 kilogram. 

“Pencuri diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Namun, dia dibebaskan tidak lama kemudian kerana mangsa tidak membuat laporan,” kata Arifin. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Zaman sudah berubah, dulu yang suka mencuri selalunya lelaki tetapi sekarang ramai wanita,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN