PETALING JAYA – Penampilan ibu kepada pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz, membuatkan orang ramai ‘tercengang’ berikutan dia kelihatan terlalu muda dan bergaya bagi seseorang yang telah mencecah usia 60 tahun.
Wanita berkenaan menjadi bualan ramai ketika Sasha berkunjung ke rumah ibunya itu sempena Aidilfitri, baru-baru ini.
“Nak tengok kita masa tua nanti, tengok mak kita kan? Semoga Allah SWT pelihara ibuku tercinta sentiasa,” katanya pada kapsyen video yang dikongsikan di media sosial miliknya.
Hantarannya itu mengundang pelbagai komen orang ramai yang tidak putus-putus mengagumi dan memuji kecantikan ibunya itu, malah ada juga bertanyakan tentang petua diamalkan.
“Mama awak paling cantik dekat situ. Nampak macam 30-an kan? Dia mesti tak makan gula,” ujar @Abellalala.viii.
“Mak dia salah tahun ke,” komen @Nurulandria.
“Serius lah dia ibu kamu? Kongsikan petua,” pinta pengguna lain. – KOSMO! ONLINE














