fbpx
FUZIAH meninjau pelaksanaan mekanisme bantuan subsidi Budi Madani Diesel di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru hari ini.

PRN Johor: Sokongan pengundi muda kepada PH meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Calon muda Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat semakin menemui rentak kempen masing-masing, sekali gus menerima maklum balas positif khususnya daripada golongan pengundi muda dan pengundi kali pertama.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, momentum kempen calon-calon PH terus menunjukkan peningkatan walaupun terdapat beberapa insiden kecil melibatkan unsur sabotaj.

Menurut beliau, calon yang pertama kali bertanding juga semakin menyesuaikan diri dengan jadual kempen padat dan mula mendapat penerimaan dalam kalangan pengundi.

“Alhamdulillah, kempen berjalan lancar. Walaupun ada calon yang pertama kali bertanding, mereka sudah mula mendapat rentak.

“Dari segi sokongan pula, ia semakin meningkat terutama daripada pengundi muda yang mahu mendengar dan menilai sendiri pendekatan yang dibawa calon,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan mekanisme bantuan subsidi Budi Madani Diesel di Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Beliau berkata, jentera kempen PH kini semakin menerima sambutan apabila setiap calon menjalankan program padat dari pagi hingga malam dengan kira-kira 10 aktiviti sehari.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, terdapat beberapa unsur sabotaj yang berlaku sepanjang tempoh berkempen namun ia tidak menjejaskan perjalanan kempen secara keseluruhan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN