fbpx
Kenderaan UNIFIL dipandu melepasi bangunan pusat penjagaan kesihatan yang musnah selepas serangan Israel di bandar Burj Qalawiya, selatan Lubnan pada 14 Mac lalu. - AFP

Indonesia gesa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB diadakan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia menggesa semua pihak yang berperang di Asia Barat agar menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, selepas tiga tentera pengamannya terbunuh di Lubnan, serta menyeru mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera diadakan.

“Keselamatan pasukan pengaman mesti menjadi keutamaan utama. Semua pihak dalam konflik ini digesa untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan memastikan keselamatan anggota pengaman,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Rico Ricardo Sirait dalam satu kenyataan.

Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) berkata, dua anggotanya terbunuh semalam dalam satu letupan, manakala seorang lagi meninggal dunia lewat kelmarin apabila satu projektil mengenai kedudukan mereka.

Mengutuk serangan itu, Menteri Luar Indonesia, Sugiono berkata, beliau telah membincangkan insiden tersebut dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Beliau turut meminta mesyuarat Keselamatan PBB yang tergempar serta siasatan yang pantas, teliti dan telus diadakan.

“Keselamatan pasukan pengaman PBB tidak boleh dirundingkan dan mesti ditegakkan sepanjang masa,” kata Sugiono. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN