fbpx
MUHAMMAD NAZRI didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang warga emas sehingga menyebabkan kerugian RM62,760 atas urusan mempercepatkan permohonan membina bangunan dua tingkat, lima tahun lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Jurutadbir perdaya atok RM62,760, percepat permohonan bina bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang jurutadbir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdaya warga emas untuk menyerahkan cek dan wang berjumlah RM62,760 bagi mempercepatkan permohonan pembinaan bangunan dua tingkat di Pontian.

Tertuduh, Muhammad Nazri Abu Bakar, 38, yang bertugas di Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa memperdaya mangsa berusia 72 tahun untuk menyerahkan tiga keping cek dan wang berjumlah RM62,760.

Perbuatan itu mendorong mangsa mempercayai  bahawa tertuduh boleh menguruskan permohonan untuk membina bangunan dua tingkat di Mukim Rimba Terjun, Pontian sedangkan tidak dilakukan tertuduh.

Kesalahan dilakukan di sebuah premis di Batu 36, Jalan Johor, Pontian pada 19 November 2021 hingga 30 Mei 2022.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Faizul Kamarulzaman mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mazri Muhammad merayu jumlah yang minimum kerana anak guamnya menanggung isteri dan empat anak termasuk seorang autisme.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan menetapkan 7 Mei ini untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN