fbpx
Gambar tular kemalangan itu di Jalan Raya Barat, Klang, hari ini.

Maut tercampak atas bumbung kereta dilanggar pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – KLANG – Tindakan seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian tragis di Jalan Raya Barat di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa lelaki berusia 30-an melambung ke udara sebelum tercampak ke atas kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki tempatan berusia 20-an menghala ke bandar Klang itu dipandu laju dan berbahaya.

“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif alkohol dan dadah,” katanya petang tadi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kemalangan itu tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN