fbpx
MUHAMMAD IKMAL bersyukur dapat meraikan Aidilfitri bersama isteri dan anaknya, Medina yang kini semakin sihat dan ceria.

Medina ceria, dapat empat pasang baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini membawa makna luar biasa buat keluarga Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq apabila kanak-kanak itu akhirnya dapat beraya dalam keadaan sihat dan ceria.

Bapanya, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, berkata, Aidilfitri kali ini menjadi detik paling ditunggu-tunggu apabila anak­nya itu yang sebelum ini bertarung dengan Biliary Atresia kini sudah mampu berjalan dan berlari seperti kanak-kanak lain selepas hampir tiga tahun.

Menurutnya, sebelum ini mereka tidak pernah merasai suasana raya sebenar kerana keadaan Medina yang lemah dan tidak mampu bergerak aktif.

“Tahun ini paling bermakna sebab dia sudah boleh berjalan, berlari dan bermain macam kanak-kanak lain. Itu yang paling menyentuh hati saya, sebab kami tunggu lama untuk tengok dia melangkah dan akhirnya impian itu jadi kenyataan.

“Sebagai tanda kesyukuran, persiapan raya untuk Medina juga dibuat lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum­nya. Kami belikannya empat pasang baju raya warna hitam, biru, hijau dan kelabu,” katanya.

Ujarnya lagi, Medina turut teruja setiap kali dibawa membeli-belah dan sudah mula me­nunjukkan minat memilih pakaian yang disukainya.

Mengulas lanjut keadaan kesihatan Medina, dia memaklumkan anaknya itu masih perlu menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekali setiap minggu sehingga pulih sepenuhnya.

Terdahulu, kisah Medina tular di media sosial selepas Muhammad Ikmal memohon dana sumbangan kos pembedahan anaknya susulan keadaannya semakin lemah dan ia mendapat perhatian

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Ikmal Saleh yang tampil menyumbangkan simpanan Tabung Hajinya berjumlah RM120,000, manakala RM62,000 dikutip melalui Yayasan Nanyang Press.

Pembedahan pemindahan hati Medina kemudian berjaya dilakukan pada 23 Disember lalu di sebuah hospital di Shanghai, China tanpa sebarang komplikasi dengan Muhammad Ikmal sendiri menjadi penderma sebahagian organ tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN