fbpx
Gambar hiasan

Nombor IC disalah guna, subsidi Budi95 ‘lesap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular satu hantaran di media sosial yang menggesa orang ramai menyemak transaksi Budi Madani RON95 (Budi95) masing-masing selepas mendakwa terdapat penyalahgunaan kad pengenalan tanpa pengetahuan pemiliknya.

Menerusi hantaran oleh @Shahirahaida di Threads, individu tersebut mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab ‘mencuri’ kuota minyak petrol RON95 dengan menggunakan MyKad tanpa pengetahuan pemiliknya.

“Tolong semak transaksi Budi95 masing-masing. Ada pihak tidak bertanggungjawab seludup minyak di area sempadan Thailand guna nombor ic (MyKad),” katanya.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan bukti tangkap layar beberapa transaksi petrol yang dilakukan di beberapa stesen minyak di utara tanah air antaranya di Kaki Bukit dan Kangar, Perlis yang didakwa tidak dilakukannya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan netizen terhadap hantaran tersebut.

“Adik saya kena macam ini. Buat laporan polis, terjah stesen minyak, check CCTV (televisyen litar tertutup) rupa-rupanya warga asing hanya bagi nombor IC (MyKad),” kongsi @Creampuffbydaughter.

“Memang boleh guna nombor IC sahaja, tapi melalui mesin Budi dan juruwang boleh buat. Mungkin nombor kad pengenalan sudah bocor,” kata @Dearmayyyyy_.

“Ini salah guna mesin MyKasih Budi95. Mereka ‘bypass’ secara manual, tak perlu kad (MyKad) fizikal. Biasanya isi RM100 setiap kali pengisian untuk elak sistem ‘trigger’ (kesan),” ujarnya.

Menerusi satu hantaran lain, seorang pengguna berdepan pengalaman sama apabila abangnya menjadi mangsa penyalahgunaan MyKad selepas juruwang menggunakan nombor kad pengenalan untuk menuntut subsidi petrol bagi pihak lain.

“Abang saya mengamuk di petrol pam kerana juruwang tidak amanah menggunakan IC dia untuk subsidi minyak bagi orang lain dan kemudian minta bayar 10 kali ganda. IC abang saya tertinggal di stesen minyak  sepatutnya simpan, bukan digunakan (salah guna),” kongsi @Xieu95.

Sementara itu, @Nabil.asrii turut meluahkan kebimbangan kemungkinan berlaku kebocoran data dan berharap kawalan lebih ketat dilaksanakan.

“Harap lepas ini staf tak dibenarkan memasukkan nombor kad pengenalan secara manual. Takut disalahgunakan tanpa persetujuan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN