fbpx
Natasha bersama suami, Allahyarham Afiq Safwan dan tiga anaknya ketika menyambut Aidilfitri tahun ini.

‘Sampai hati lori tu, kami hilang tempat bergantung..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sampai hati lori tu buat keluarga saya macam ni.. kami hilang tempat bergantung.”

Demikianlah luahan isteri kepada jururawat lelaki Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 3.8 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), kelmarin.

Wanita tersebut dikenali Natasha Zainal di akaun Thread turut berkata pada pagi kejadian dia sempat berpesan kepada suaminya, Afiq Safwan Sabri untuk menaiki kereta untuk ke tempat kerja.

“Tapi pagi tu mummy dah pesan naik kereta kan bie.. hari-hari bie cakap masa bie kt tmpt kerja ‘nanti bie balik ye sayang, sayang tunggu bie kat rumah tau’.

“Tapi jumaat hari tu sayang jemput bie balik dari tempat kerja dan sayang hantar bie balik ke negeri abadi. Kali ni bie pulak tunggu sayang dekat syurga tau,” luahnya.

Dalam beberapa hantaran lain, wanita itu turut memuat naik beberapa keping gambar semasa pengebumian bapa kepada tiga orang anak itu.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan kemalangan tersebut yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi menyebabkan mangsa parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati treler tanpa muatan itu dari arah Seafield menuju Bukit Jelutong telah berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami tayar pecah.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan belakang treler tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya petang ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN