Awalnya pemuda itu ingin membela rakun, namun selepas melihat video perkongsian tentang marble fox atau rubah di laman sosial TikTok, dia terus tertarik dan memutuskan untuk memiliki haiwan berkenaan. Tanpa memilih warna tertentu, pemuda itu hanya menunggu spesies yang dihantar. Tidak disangka, mereka menerima seekor red marble fox yang agak jarang ditemui, lalu menamakannya Kairo. Bagi pemilik butik jenama Bulan Bintang cawangan Pulau Pinang, Haidar Abdul Jalil, 30, membela marble fox memberikannya satu pengalaman baharu dan memenuhi kehendak kecil di……














