fbpx
Yew Wei dilaporkan hilang di kawasan Rimba, Kota Damansara sejak 15 Mac lalu.

Di mana Yew Wei?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kawasan hutan di Kota Damansara di sini, pada 15 Mac lalu.

Mangsa dikenali sebagai Cheah Yew Wei, 33, dilihat kali terakhir kira-kira pukul 8 malam di kawasan rimba, Kota Damansara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki tersebut pada pukul 9.52 pagi, pada kelmarin.

“Mangsa mempunyai ketinggian 178 sentimeter dengan berat sekitar 100 kilogram, berkulit cerah, bermata hitam serta memakai cermin mata.

“Ketika kali terakhir dilihat, mangsa memakai seluar panjang dan singlet berwarna hitam serta berbadan sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Roszaidi Abdul Talib di talian 019-3778383 atau 03-61421222.

“Maklumat juga boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN