fbpx
Gambar Hiasan

Askar hilang ditemui, ditahan untuk siasatan lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang anggota tentera yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Operasi Pasir di Semporna, Sabah, berjaya dikesan pasukan keselamatan.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati anggota berkenaan diklasifikasikan sebagai Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC).

Anggota tersebut dikenali sebagai Renjer Fredenick anak Petrus, 21, dari Kompeni C, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) dan dilaporkan hilang selepas tidak ditemui semasa pemeriksaan baris pagi di Pos Pulau Pandanan pada 14 Mac lalu.

Menurutnya, hasil tindakan pengesanan, anggota terbabit berjaya ditahan oleh pasukan 3 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Kota Samarahan, Sarawak pada 19 Mac lalu.

“Anggota tersebut telah dibawa ke hadapan Majistret Kota Samarahan dan kini ditahan di Kem Muara Tuang bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar ketidakhadiran anggota terbabit.

“Tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan peraturan serta undang-undang di bawah Akta Angkatan Tentera 1972,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN