fbpx
PENDUDUK memeriksa lokasi serangan misil Iran di Dimona, selatan Israel semalam. – AFP

Iran bedil tapak nuklear Israel, 180 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Lebih 180 orang cedera dalam serangan peluru berpandu balistik Iran  di bandar Dimona dan Arad, berdekatan lokasi senjata nuklear di selatan Israel kelmarin, lapor akhbar The Sun.

Rakaman serangan menunjukkan detik  peluru berpandu meluncur dari langit gelap pada kelajuan tinggi sebelum menghasilkan letupan kuat di lokasi serangan dengan bola api besar meletus dan kamera bergegar akibat impak tersebut.

Sistem penangkis peluru berpandu Israel dikenali sebagai ‘Kubah Besi’ gagal menembak jatuh peluru berpandu balistik itu, walaupun pihak tentera berkata, ‘percubaan untuk memintas telah dilakukan’.

Pagi semalam,  sekurang-kurangnya satu lagi gelombang serangan peluru berpandu Iran menyerang  Israel.

Di Dimona dan Arad, misil pemintas telah dilancarkan tetapi gagal mengenai sasaran, mengakibatkan dua hentaman langsung oleh peluru berpandu balistik membawa peledak seberat ratusan kilogram,” kata seorang pegawai  bomba Israel.

Iran berkata,  serangan itu bagi membalas serangan Israel ke atas tapak nuklear   di Natanz yang merupakan salah satu infrastruktur pengayaan uranium paling penting di Iran dan terletak  kira-kira 217 kilometer ke tenggara Tehran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI