fbpx
Nathan Ngoy dilayangkan kad merah terus pada separuh masa kedua.

Piala Dunia 2026: Belgium hampa diikat Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Hasrat Belgium untuk meraih kemenangan pertama di Piala Dunia 2026 tidak kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Iran dalam aksi Kumpulan G di Stadium SoFi awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan meraih dua keputusan seri berturut-turut, sekali gus menjadikan perebutan slot ke pusingan kalah mati semakin terbuka.

Belgium yang dibarisi ramai pemain bertaraf bintang menguasai sebahagian besar permainan, namun gagal menembusi benteng ampuh Iran yang dikawal cemerlang penjaga gol, Alireza Beiranvand.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu muncul watak utama Iran apabila melakukan tujuh aksi menyelamat penting bagi memastikan gawangnya kekal kebal sepanjang 90 minit.

Situasi Red Devils menjadi lebih sukar apabila pertahanan, Nathan Ngoy dilayangkan kad merah terus pada minit ke-66 kerana mengasari penyerang Iran, Mehdi Taremi.

Bagaimanapun, Iran gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain apabila beberapa peluang yang dicipta berjaya dipatahkan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Malah, Belgium yang beraksi dengan 10 pemain hampir mencuri kemenangan pada penghujung perlawanan menerusi Maxim De Cuyper, namun percubaannya berjaya dinafikan Beiranvand.

Keputusan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan wajib melakar kemenangan dalam aksi terakhir kumpulan bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan kalah mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN