fbpx
Araghchi berkongsi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri menerusi platform X hari ini.

Selamat hari raya Malaysia, Indonesia dan Brunei – Menteri Luar Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pemerintah serta masyarakat di Asia Tenggara terhadap solidariti ditunjukkan kepada Iran.

Ucapan berkenaan dikongsikan oleh Araghchi menerusi hantaran pada platform X beliau hari ini.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kepada pemerintah dan masyarakat muslim serta pencinta keadilan di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia dan Brunei) yang mengecam pencerobohan brutal Amerika Syarikat dan rejim Zionis terhadap bangsa muslim Iran di bulan Ramadan serta menunjukkan solidariti,” katanya.
Hantara itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna X dari Malaysia, Indonesia dan Brunei yang turut meninggalkan komen-komen positif memberi sokongan kepada Iran.

“Terima kasih Dr. Abas Araghchi, semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu dan Iran,” komen pengguna X NJReadsWrites.

“Selamat hari raya Tuan Araghchi, semoga Iran kuat melawan imperial. Semoga Allah permudah segalanya,” komen OwlMillenial dari Malaysia.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, salam dari Malaysia,” komen Ismail Abinting. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN