fbpx
Anwar (gambar) beramah mesra dengan orang ramai pada program Santai Akhir Ramadan PMX Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

PM seru rakyat bersederhana sambutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh umat Islam agar bersederhana ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, terutama melibatkan urusan perbelanjaan.

Beliau berkata, ini susulan situasi konflik Asia Barat yang melanda dunia ketika ini sehingga memberi kesan kepada ekonomi terutama terhadap bekalan petroleum.

“Saya harap rakyat faham walaupun esok kita nak meraikan Aidilfitri mubarak, memang kita nak sambut, tapi saya minta bersederhana. Yang boleh jimat, jimat. Tapi yang paling penting, sabar, faham masalah ini.
“Jangan ada hal-hal yang boleh merosakkan semangat kerjasama dan perjuangan kita. Yang wanita kalau kuih biasanya tujuh jadi empat. Kalau sebelum ini buat satu batang, buat tiga suku balang. Boleh… kena ingat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Santai Akhir Ramadan PMX Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Kampung Pelek, Seberang Perai Tengah di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa seluruh rakyat agar menjaga perpaduan kaum demi mencapai keamanan negara.

“Jangan kita rasa jenuh sangat, Malaysia ini belum terkena lagi. Dinilai harga ringgit, kita masih boleh bertahan. Bayangkan…hampir semua negara ini nilai wang dia jatuh. Kita masih boleh bertahan.

“Syukurlah dan jagalah. Jangan ingat ini semua akan kekal selama-lamanya,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar hadir menunaikan solat Jumaat bersama penduduk Kampung Pelek di Masjid Jamek as-Syakirin Kampung Pelet di sini, kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI