fbpx
Anwar mempengerusikan Mesyuarat MED4IRN di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

Perkhidmatan digital kerajaan secara dalaman demi kedaulatan data negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan digital kerajaan perlu dibangunkan secara dalaman di bawah penyelarasan Kementerian Digital menerusi Jabatan Digital Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini penting untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan data negara, mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar serta membangunkan kepakaran digital sektor awam.

“Insya-Allah dengan iltizam seluruh jentera Kerajaan Madani, MD2030 akan menjadi agenda nasional yang mengubah cara kita bekerja, berkhidmat dan membina masa depan negara,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) sebelum menyempurnakan peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030): Ke Arah Negara AI pagi tadi.

Anwar berkata, MD2030 ialah ikhtiar strategik negara untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi era kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi berasaskan data, sekali gus memperkukuh daya tahan Malaysia dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik serta persaingan ekonomi digital global.

“Keutamaan kita adalah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tersusun, berdisiplin dan berimpak agar dapat memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan serta memacu Malaysia ke arah sebuah Negara AI yang inklusif menjelang 2030,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN