fbpx
ZII JIA masih memiliki masa untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik sebelum kempen Piala Thomas bermula.

Zii Jia perlu bangkit jawab keraguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI KALA Kejohanan Badminton Piala Thomas 2026 akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan sahaja lagi, perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Bekas juara Asia dan All England itu tidak dapat melangkah jauh pada kejohanan Terbuka Switzerland yang berlangsung di Basel sebelum ini selepas dia terpaksa akur tersingkir seawal pusingan pertama.

Zii Jia ditunjukkan jalan keluar menerusi kekalahan straight set 12-21, 14-21 kepada pemain Singapura, Jason Teh dalam tempoh kurang setengah jam.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya sama dia sudah kembali ke prestasi terbaiknya ataupun masih belum ketika Malaysia cuba menamatkan kemarau lebih tiga dekad bagi membawa pulang trofi Piala Thomas.

Zii Jia pada ketika ini menghuni ranking ke-96 dunia dan mungkin akan diturunkan sebagai perseorangan ketiga di Piala Thomas nanti, sekali gus bakal bermain dalam aksi penentuan seandainya kedudukan terikat 2-2.

Terdahulu, dia sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai skuad badminton lelaki negara bagi menggalas misi penting pada Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark bermula 24 April hingga 3 Mei depan.

Sepanjang saingan musim ini, bekas perseorangan lelaki No.1 negara itu sudah pun menyertai lima kejohanan dengan pencapaian terbaiknya adalah pada Thailand Masters Januari lalu di mana dia mara ke suku akhir.

Sebagai rekod, Zii Jia kembali menyertai aksi kompetitif musim ini selepas dia terpaksa berehat panjang tahun lalu bagi memberikan tumpuan terhadap pemulihan kecederaan buku lali yang dialami.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI