fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki tidak mengaku pukul suami bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada penjara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan suami baharu isterinya menggunakan spanar, minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 37 tahun itu mengaku tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tukang urut yang boleh menyebabkan kematian jika senjata itu digunakan secara salah di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Dang Wangi di sini pukul 8.15 malam pada 10 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan menerima banyak jahitan.

“Berdasarkan televisyen litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan tertuduh membawa masuk spanar ke tempat kerja mangsa sebelum tertuduh melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu supaya jaminan dibenarkan kerana dia baru sahaja keluar penjara.

“Sebelum ini saya telah dipenjara selama setahun, tetapi isteri saya telah berkahwin dengan lelaki itu (mangsa) tanpa saya menceraikannya,” katanya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan kes pada 14 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI