fbpx
Pengarang pertama Kosmo!, Hamzah meninggal dunia hari ini

Pengarang pertama Kosmo!, Hamzah Sidek meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengarang pertama akhbar Kosmo!, Hamzah Sidek dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi perkongsian mesej oleh para kenalannya.

“Assalamualaikum, beliau (Hamzah) telah kembali ke rahmatullah,” menurut makluman tersebut.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di ibu negara selepas solat tarawih.

Jenazah dijangka dikebumikan pada malam ini juga di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota selepas selesai solat tarawih.

“Segala perubahan info akan dimaklumkan semula,” kata mesej berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI